CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

10 January 2009

"ikhlas"

Hari ini genaplah sudah dua minggu ana mlalui minggu pengkuliahan. Dan semester ini juga genap ler sdh 3 tahun ana belajar di perbukitan UKM ini. Habis jer semester ini dgn izin yang Maha Esa UKM akan menjadi sejarah yang terlakar indah dalam memori ana. Terasa begitu cepat masa berlalu. begitulah fitrah alam, setiap yang datang pasti akan berlalu. bagi yang mengisinya dengan penuh hikmah mereka akan merasa nikmatnya. Nikmat itu datang dalam bentuk yang pelbagai terpulang bagaimana setiap daripada kita menggunakan peluang yang ada. Bila ana Imbas kembali di sepanjang ana menjadi seorang pelajar terdapat banyak kelemahan-kelemahan yang ana temui dalam diri ana yang perlu diperbaiki. Kelemahan yang terbesar yang perlu ana perbaiki bagaimana untuk menjadi seorang mukmin yang sebenar. Menjadi seorang muslim itu telah pasti namun menjadi seorang mukmin yang muttaqin terlalu banyak liku-liku yang perlu ditempuhi. Salah satu antaranya menghadirkan niat yang "ikhlas" kerana Allah S.W.T dalam semua hal. Dalam menghadirkan niat atau rasa ikhlas itu ada sahaja bisikan2 yang membisik di hati ini. menungkapkan perkataan itu agar orang melakukannya amat mudah tapi untuk menghayatinya amat payah. Contoh paling dekat dalam situasi ini ialah menghadirkan niat ikhlas dalam menuntut ilmu adalah semata-mata kerana Allah. Ada di antara kita khususnya yang berada di universiti ini tujuannya datang hanyalah semata-mata nak lulus , dapat anugerah dekan , datang untuk mengubah nasib kuarga dsbny. Cubalah tanya pada sesiapa yang belajar di universiti ni knp dia dtg ke sini.pasti akan ada salah satu dari jawapan tersebut. Ana juga begitu. Jarang yang mengungkapkan "ana datang ke universiti ini adalah untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan yang masih sedikit ini, agar daripada ilmu itu ana mampu menambahkan lagi rasa keimanan ana kepada Allah s.w.t.

klu kita semua perhatikan dan rasakan tidak akan sama orang yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas dengan orang yang datang dengan niat yang selainnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Amirul mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yangberhijrah kerana Allahdan rasul-Nya makahijrahnya itu adalh bagi Allah dan Rasulnya. sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrah itu adalah kepada apa yang dia niatkan (hadith riwayat Bukhari & Muslim, 1907)

begitulah juga dalam pada tugas kita sebagai penuntut jika kita berniat untuk lulus kita akan memperolehinya. Namun jika niat kita itu ikhlas kerana Allah kita akan memperolehi nikmat dunia dan nikmat akhirat. oleh itu dalam pada kita menuntut ilmu ini Rasullullah s.a.w meninggalkan dengan secebis nasihat yang sangat bermakna . Hatta ana sendiri ketikamana menemui potongan hadith ini bergetar rasa hati. Nasihat yang sangat menyentuh kalbu, daripadanya menimbulkan rasa keinsafan dan rasa keimanan. Sabda Nabi s.a.w : "sesiapa yang menuntut ilmu(agama) untuk menyayngi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkannya ke dalam neraka.(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadhrtak dan persetujui kesahihannya oleh al-Dzahbi...begitu jelas daripada sabda Nabi s.a.w ini tentang peri pentingnya niat yang ikhlas khususnya dalam pada diri kita menuntut ilmu.

Tujuan ana mencoret di pagi hari yang penuh keberkatan ini adalah semata-mata untuk melakukan muhasabah untuk diri ana yang kadang-kaadang terlalai. Dengan coretan ini juga dapat mperingati sesiapa sahaja. Semoga Allah dengan rahma dan kasih sayangnya akan terus memberi peluang kepada ana untuk memperbaiki diri agar menjadi salah seorang dikalangan hamba2nya yang soleh.Amin