CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18 October 2008

PERJUANGAN SEORANG PELAJAR..

"KARNIVAL UKM KECOH" begitulah tajuk artikel yang menjadi tajuk utama Kosmo , bertarikh 18 oktober 2006. Berita tersebut menceritakan tentang bagaimana sekumpulan pelajar yang ingin menghantar memorendum kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di halang oleh pengawal-pengawal keselamatan. Nak di imbas baliknya ketika itu ana juga berada ditempat kejadian. Pada masa tu ana dan tiga lagi rakan ana nak bersiap-siap nak masuk ke dalam DECTAR , tiba-tiba suasana hening menjadi riuh rendah (taklah riuh mcm kat pasar malam. nak begitahunya ada suara bergema membelah angkasa juga la) dengan laungan "hidup-hidup mahasiswa....dan seterusnya". Ingatkan suara tu nak bersorak sebab kedatangan menteri kita nak masuk ke dalam dewan (Rupanya andaianku salah belaka). Waktu kejadian tu orang semua "berkerumun" depan pintu utama nak masuk lobi Dectar. Mulanya ana dan kawan ana tak masuk dalam lagi tapi bila kejadian tu berlaku ana dan kawan ana terusa masuk ke dalam. Tahu kenapa? Tiba-tiba perasaan malu menyelinap masuk ke sanubari. Perasaan tu wujud sebab hati ana mengatakan ketidakwajaran tindakan yang dilakukan serta yang terlibat itu antaranya adalah dari kalangan sahabat-sahabat yang sealiran , sefakulti dan sepenampilan dengan ana serta mereka itu adalah dari kalangan sahabat-sahabat ana. Mungkin kata-kata ana ini, bagi yang membacanya berasa kurang wajar dan tak patut diluahkan. Mungkin jika antum semua berada diposisi yang sama dengan ana mungkin antum akan berfikir perkara seperti saya. namun yang ana nukilkan ini adalah pandangan ana sendiri dan tidak ada kaitan sama sekali dengan pandangan orang lain. Bagi yang tak sehaluan dan sependapat dengan ana, ana dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf jika ada yang terasa dan terkilan. Ini adalah satu bentuk pesanan seorang sahabat kepada sahabat yang dikasihi meskipun pesanan dan nasihat ana tidak setanding dengan pesanan yang disampaikan oleh kekasih Allah kepada Sahabatnya yang dicintai dan pada umatnya yang dikasihi.
Melihat kepada tindakan yang ditampilkan ana berfikir semula apakah ertinya perjuangan seorang mahasiswa dan pelajar yang sebenarnya. Apakah perjuangan yang dimaksudkan adalah seperti perjuangan yang dituntut oleh kumpulan yang telah membuat Tuntutan kepada Dato menteri, supaya diadakan pilihanraya kampus yang telus atau tuntutan-tuntutan yang lain yang dikemukan oleh para pelajar. Saya melihat, perkara utama yang menjadi nadi perjuangan pelajar dalam konteks diri kita semua terutamanya dalam lapangan ilmu ini adalah mengaut seberapa banyak ilmu yang boleh, meskipun kita tidak akan mampu mengaut secara total keilmuan yang dimiliki dan dikuasai oleh Allah s.w.t. Tetapi kewajipan menuntut ilmu itu tetap menjadi suatu kewajipan. Melalui ilmu yang mantap dan jitu sebaran dakwah akan lebih mudah difahami dan kita akan mengetahui cara yang harus digunakan supaya agama Islam yang kita cintai ini akan dapat disal
urkan dan disebarkan dengan sebenar-sebenarnya. Dengan Ilmu, kita akan mengetahui apakah metod dakwah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah kepada umat pada zamannya. Apalah ertinya suatu perjuangan jika dalam diri seorang mujahid dan mujahidah itu dadanya hanya di isi dengan kekosongan belaka. Mana mungkin dakwah murni yang menjadi hajat dihati akan dapat disampaikan walaupun ianya disertai dengan niat yang ikhlas. Jangan kita cemarkan maruah Islam yang kita cintai ini dengan tindakan-tindakan yang kurang manis sehingga menyebabkan orang berpandangan serong kepada Islam. Bertindaklah dengan tindakan seorang yang berintelektual bukan bertindak dengan tindakan yang berbaur hawa nafsu. Semua orang punya keinginan untuk membumikan hukum hakam Allah tetapi jangan sampai kita memalukan diri kita, diri orang lain dan agama Islam itu sendiri. Dakwah yang ingin disampaikan akan mudah diterima jika kita berilmu. dengan Ilmu seluruh tindakan kita akan dipandu dengan cara yang betul disamping keimanan yang mendalam kepada khaliqnya. Insyaallah..
Secara peribadi yang ana amat tidak bersetu
ju dengan tindakan "kumpulan" tersebut kerana tindakan mereka tidak kena pada caranya, masa dan waktu. Apatah lagi ia telah memalukan banyak pihak. Sedangkan dalam Islam antara perkara terpenting yang perlu dipelihara adalah maruah diri. Selain itu, ia turut memalukan pucuk pimpinan atasan UKM. Kenapa perlu bertinak sedemikian rupa????? Perkara ini juga menjadi pertanyaan yang sentiasa berlegar-legar difikiran ana. Jika sekiranya tuntutan yang diminta itu berkaitan dengan majlis yang dianjurkan , mungkin boleh dipertimbangkan tetapi tuntutan tersebut meleset jauh sekali. Sekali lagi saya meminta kepada semua pihak yang terbabit bertindaklah secara hikmah. kenapa bertindak sedemikian rupa. Pernahkah kita berfikir sebelum melakukan perkara sedemikian?. Bagaimanakah pandangan orang bukan Islam kepada umat Islam selepas inI? Bagaimanakah juga pandangan umat Islam yang fikrah Islamnya belum tumbuh subur dijiwa mereka? Tentu mereka akan terus-terusan memandang serong kepada agama Islam . Jika begini jadinya sampai bila agama Islam yang kita cintai ini akan sampai kepada mereka. Apakah kita secara terus-terusan mahu Islam ini dilabel sebagai agama yang bersifat keganasan. Jangan para sahabatku, kita semua perlu mempertahankan kesyumulan agama ini. Disamping itu jika antum berterus-terusan dengan tindakan antum ini, antum akan memburukan imej kita sebagai pembela agama. Fikir-fikirkanlah sementelah kita masih mampu berfikir dengan waras. Cuba teliti bagaimana pemusnah-pemusanah Islam bertindak untuk membumikan agama mereka, kebanyakan mereka menggunakan teknik yang berhikmah, halus bak lubang dan ketajaman jarum tetapi apabila ia menusuk, sangat menusuk kalbu. Teknik mereka ini semua ini disadur daripada teknik yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W, tetapi kita sebagai umat Islam meninggalkan sunnah terbesar itu.....fikir-fikirkan.jadilah mujahidah pembela yang sebenarnya...apalah ertinya menjadi pendakwah tanpa ilmu didada.



17 October 2008

Mutiara kata daripada Rasulullah s.a.w


Marilah sama-sama kita renungkan kata-kata nasihat yang penuh hikmah ini. Semoga kita semua dapat hidup berjaya di dunia & akhirat...amin..


Assalamualaikum


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam di atas segala nikmat iman dan islam, selawat dan salam buat nabi junjungan, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan para pengikutnya yang sentiasa berdiri teguh untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini. Syukur alhamdulillah di atas nikmat kemudahan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T, pada pagi yang penuh dengan limpahan nikmat ini, akhirnya saya telah berjaya membina blog ini.
Blog ini dibina agar dengan melalui wadah ini saya dan sahabat2 sekalian dapat bersama-sama melakukan perkongsian ilmu. Matlamat utama penubuhan blog raudhah illiah ini adalah bertujuan menyeluarkan seberapa banyak ilmu yang kita ketahui, yang baru diketahui, yang belum di ketahui dan sepatutnya kita ketahui. Semua ini, insyaallah sumber utamanya adalah berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tidak ketinggalan kita titipkan bersama-sama pendapat para ulama yang muktabar yang mendokongan perjuangan untuk membumikan al-Quran dan al-Sunnah sepanjanang zaman.
Rakan2 dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan blog ini, jika terdapat sebarang perkongsian ilmu yang hendak disalurkan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Wallahhu 'Alam.amin.